TOP 100 YOUTUBER PENDIDIKAN AKADEMI YOUTUBER TAHUN 2024

TEMPAT KE-50 DALAM TOP100 

YOUTUBER PENDIDIKAN AKADEMI YOUTUBER TAHUN 2024

Syukur puji Tuhan. Terima kasih Akademi Youtuber di atas pengiktirafan ini. Tidak pernah terfikir bahawa channel YouTube Sigu Lulu yang sederhana itu masih mampu tersenarai dalam Top 100 bagi tahun ini. Semoga pengiktirafan ini dapat membakar semangat dan memberi motivasi kepada saya untuk tidak jemu berkarya dalam pendidikan. 

Channel YouTube Sigu Lulu dibangunkan untuk menjadi satu wadah untuk saya menyalurkan ilmu kepada anak-anak didik di luar sana. Melalui channel ini, saya berharap agar ia mampu menjadi ladang pahala saya sehingga saya berada di hayat yang seterusnya. 

Terima kasih buat semua yang terlibat dalam membangunkan Akademi Youtuber ini. Kepada pengasas YM Suffi, CYT Zuly dan YM Abeymat, semoga Tuhan merahmati anda dengan kesihatan yang baik. Jasa anda semua saya akan kenang hingga ke akhir hayat. 

Kepada rakan-rakan maya saya, Cikgu Jumrah, Cikgu Amar, Cikgu Sobe, Cikgu Pak Malau, arwah Cikgu Putera dan yang lain yang tidak saya sebut disini, sesungguhnya pertemuan kita bukanlah hanya kebetulan. Saya percaya, pertemuan kita sudah ditentukan oleh Tuhan yang mahakuasa, untuk membawa saya keluar daripada kepompong keselesaan saya dahulu yang terlalu takut dengan digital.

Daripada rakan maya, akhirnya menjadi geng karas yang saling memberi motivasi dan kata-kata semangat tatkala saya berada di titik rendah, Chekgu LK, Cigu Ucie dan Ticer Rita, I LOVE YOU all.

Terima kasih juga buat suami saya, insan yang tidak pernah mengeluh mendapat seorang isteri yang sibuk, sentiasa mendampingi saya walaupun kadang-kadang tidak memahami apa yang saya lakukan. Terima kasih kerana selalu mendoakan saya dan sentiasa mengingatkan saya untuk bergantung dan berserah kepada Tuhan dalam apa jua yang saya lakukan. Pounsikau au ogi'gina..



Salam sayang,

Sigu Lulu yang ingin terbang tinggi....

Terbaru Lebih lama